Assalamuaalaikum
warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat
datang ke Halaman Web Majlis Daerah Baling.
Majlis
Daerah Baling merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang
memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan memikul
tanggungjawab untuk menjadikan Daerah Baling sebagai Pusat
Pertumbuhan yang maju dan kawasan persekitaran yang bersih,
indah, sejahtera serta tersusun. Penganugerahan Sijil MS ISO
9002:1994 (Kawalan Pembangunan) telah membuktikan komitmen
kita dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan kepada
pelanggan. Pada masa ini, maklumat merupakan sumber terpenting
dalam kita membuat perancangan dan keputusan serta dalam
merencanakan sesuatu misi. Kini, laman web merupakan media
untuk kita berinteraksi bagi mendapatkan maklumat-maklumat
tersebut.
Justeru itu, dalam era globalisasi, teknologi maklumat
(IT), dunia tanpa sempadan dan K-Ekonomi ini, kita perlu
berinteraksi di antara satu dengan yang lain untuk mendapatkan
maklumat-maklumat terkini serta dapat mengenalkan diri secara
lebih dekat dengan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai
pihak seperti orang awam, pihak swasta, jabatan dan agensi
kerajaan lain. Dengan adanya maklumat-maklumat ini, ia akan
memudahkan lagi pelanggan berurusan dengan MDB. Kemudahan
e-mel yang disediakan bagi penghantaran mesej kepada MDB
membolehkan Majlis memberi maklumbalas dengan cepat dan tepat
terhadap pernyataan dan permohonan daripada
pelanggan.
Dengan adanya laman web ini, adalah diharapkan agar
semua pihak dapat mempraktikkan teknologi maklumat dan ICT ini
dengan sebaik-baiknya agar matlamat untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dapat dicapai. Juga
diharapkan agar usaha ini dapat merealisasikan matlamat
kerajaan bagi mencapai Wawasan 2020 dengan perlaksanaan
“Kerajaan Elektronik”.
Sehubungan itu, saya berharap laman web ini akan
dimanafaat sebaik-baiknya oleh semua pihak demi kebaikan
bersama.
Sekian,
wassalammualaikum w.b.t
TUAN HAJI NOH
BIN
HAJI DAHYA,
AMK.,BCK.
Yang
DiPertua
Majlis
Daerah Baling
Kedah
Darul Aman.
