| HOME | STAFF | PERKHIDMATAN| PELANCONGAN | SOALAN LAZIM  
 

PROFIL MAJLIS

 

LOGO | PIAGAM PELANGGAN | OBJEKTIF | SEJARAH   | WAWASAN  |

 

Majlis Daerah Baling ditadbir oleh satu badan pengurusan yang dianggotai oleh Yang Dipertua selaku ketua eksekutif dan 18 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis ini adalah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri Kedah bagi tempoh 2 tahun manakala tempoh perlantikan Yang Dipertua adalah bergantung kepada perkenan Kerajaan Negeri Kedah.

Badan pengurusan ini diuruskan oleh 9 bahagian yang diketuai oleh Setiausaha selaku Ketua Pentadbiran. Beliau dibantu oleh ketua jabatan masing-masing. Semua pengurusan adalah dibawah pengawalan Yang Dipertua yang dilakukan melalui Setiausaha seterusnya menjalankan penyelarasan ke atas ketua-ketua jabatan.

 

Carta Organisasi

Tugas-tugas Majlis adalah ditadbirkan oleh Jawatankuasa Penasihat yang dianggotai oleh sebilangan Ahli Majlis yang dipilih untuk menduduki jawatankuasa Penasihat dimana tugasnya adalah menimbang, membincang dengan terperinci dan membuat rekomendasi supaya dikemukakan kepada Majlis Penuh untuk pertimbangan dan kelulusan.

Majlis Penuh adalah diduduki oleh kesemua 18 orang Ahli Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua yang akan membuat keputusan muktamad untuk dilaksanakan oleh pihak pentadbiran.

 

 

 

(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Daerah Baling 2004.