|
1.
Apa yang
dimaksudkan dengan cukai kadaran?
Cukai Kadaran
ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang
terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Baling seperti
rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel
dsbnya), harta perindustrian (kilang, perlabuhan dsbnya)
dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang
diberi kelulusan untuk tatasusunan).
2. Bolehkah cukai kadaran diberi
pelepasan?
Cukai kadaran
boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan
atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin
ribut atau sebab-sebab lain.
3.
Mengapa cukai kadaran dikenakan ke atas
tanah oleh Majlis Daerah Baling sedangkan ianya telah
dikenakan cukai hasil oleh Pejabat
Tanah?
Cukai tanah yang
dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah
Negara 1966 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang
dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan
Kanun Tanah Negara 1966; sedangkan Cukai Kadaran yang
dikenakan oleh MDB adalah mengikut peruntukan di bawah
Akata Kerajaan Tempatan 1976.
4. Adakah konsesi
diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh
pemunyanya sendiri?
Tidak. Tidak ada
sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976
yang membolehkan MDB memberi konsesi atas bayaran cukai
kadaran bagi rumah yang diduduki
sendiri.
5.
Adakah cukai
kadaran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau
kosong?
Ya, cukai kadaran
tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah
itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut
kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah
memohon agar bayaran cukai kadaran mereka dipulangkan.
Proses ini dipanggil pulangan balik hasil
6.
Bagaimanakah
cukai kadaran ditentukan?
Cukai kadaran
ditentukan berdasarkan formula berikut:
Cukai
Kadaran =
Nilai
Tahunan
X
Kadar(%)
7.
Bagaimanakah kadar (%)
ditentukan?
Kadar(%)
ditentukan berdasarkan keperluan Anggaran Belanjawan
Majlis, atau kos-kos yang ditanggung Majlis.
8.
Bagaimanakah
Nilai Tahunan ditentukan?
Nilai Tahunan
adalah anggaran nilai sewa kasar tahunan, dalam bentuk
formula:
Nilai
Tahunan =
Anggaran Sewa Kasar
Sebulan X 12
bulan
9.
Bagaimana Nilai Tahunan ditentukan bagi
rumah yang diduduki oleh pemilik sendiri dan bukan untuk
disewa?
Rumah yang
diduduki sendiri, rumah yang boleh disewakan tetapi
ditinggalkan kosong dan rumah yang disewakan, kesemuanya
mempunyai "Nilai Sewa". Oleh itu, untuk menentukan Nilai
Tahunan bagi sesebuah rumah, maka rumah tersebut akan
diandaikan "kosong dan untuk disewakan" dan anggaran
sewa sebulan didasarkan pada sewaan yang dibayar untuk
rumah-rumah sejenis yang berdekatan.
10.
Apa yang dimaksudkan dengan Notis
Kadaran?
Notis Kadaran
adalah notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik
mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas
pegangan mereka. Dengan maksud lain, ia adalah satu
makluman mengenai jumlah cukai kadaran yang akan
dikenakan.
11.
Bolehkah pemilik
membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan
tersebut?
Pemilik
boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan
menghantar surat kepada
Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang
untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai bagi mengemukakan
alasan-alasan kepada bantahannya .
12.
Bolehkah pemilik
yang membuat bantahan mewakilkan orang lain untuk hadir
bagi pihaknya di hadapan Jawatankuasa Rayuan
Cukai?
Jika pemilik yang
telah membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tidak dapat
hadir di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai, maka pemilik
bolehlah mewakilkan orang lain untuk menghadirkan diri
bagi pihaknya dengan syarat wakil tersebut mengemukakan
'Surat Kuasa' yang ditandatangani oleh pemilik yang
membuat bantahan.
13.
Bagaimanakah
keputusan Jawatankuasa Rayuan Cukai diberitahu kepada
para pemilik?
Keputusan
Jawatankuasa Rayuan Cukai akan dimaklumkan kepada para
pemilik secara bersurat.
14.
Adakah pemilik masih boleh membuat rayuan
setelah Jawatankuasa Rayuan Cukai membuat
keputusannya?
Boleh, para
pemilik perlulah merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan
cara usul permulaan dengan syarat bayaran cukai yang
telah ditetapkan dibayar kepada Majlis Daerah Baling
terlebih dahulu.
15. Bilakah
bil-bil cukai kadaran akan
dikeluarkan?
Bil-bil akan
dihantar sebanyak dua kali setahun, iaitu dalam bulan
Januari dan Julai.
16. Bilakah tempoh bayaran bagi
bil-bil cukai kadaran?
Tempoh bayaran
bagi bil-bil cukai kadaran adalah seperti berikut:
|
TAHUN |
TEMPOH
PEMBAYARAN |
| 1/2 Tahun Pertama |
1hb Januari hingga 28hb Februari |
| 1/2 Tahun Kedua |
1hb Julai hingga 31hb
Ogos |
17.
Dimanakah
bil-bil cukai kadaran boleh dibayar?
Para pelanggan
bolehlah membuat bayaran dilokasi-lokasi
berikut:
| LOKASI |
CARA BAYARAN |
|
Kaunter Bayaran Majlis
Daerah Baling:
Bangunan Majlis Daerah
Baling
09100 Baling, Kedah.
Tel : 04-4701800
Pejabat Daerah Kecil Kuala
Ketil
09200 Kuala Ketil.
Tel : 04-5381598
|
- Tunai
- Cek
- Bank Draf
- Money
Order
|
18.
Apakah akan terjadi jika
tidak membayar atau lewat membayar cukai
kadaran?
Jika anda
membayar selepas tempoh yang telah ditetapkan, iaitu
selepas 28 atau 29 Februari dan 31 Ogos, Notis (Borang
E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki
menjelaskan semua tunggakan dalam masa 15 hari
daripada tarikh notis dan denda seperti berikut akan
dikenakan:
| JUMLAH TERHUTANG |
DENDA YANG
DIKENAKAN |
| RM 100 dan ke bawah |
RM 1.00 |
| Lebih daripada RM 100 |
2% daripada jumlah
tunggakan |
Jika anda
masih lagi belum membuat bayaran selepas menerima Notis (Borang E),
waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda dan kos waran sebanyak
20% atas jumlah tunggakan cukai akan dikenakan. Waran
ini membolehkan pegawai Majlis Daerah Baling yang diberi
kuasa:
·
Merampas
(mensita) harta alih yang ada di dalam bangunan
·
Melelong
bangunan/tanah melalui pendaftar pelelong yang dilantik oleh
pihak Majlis
19.
Jika pemilik
masih belum membayar tunggakan cukai kadaran, adakah
Majlis boleh menahan permohonan pemilik untuk hal-hal
lain yang berkaitan?
Ya, Majlis
boleh menahan proses permohonan pemilik yang mempunyai
tunggakan dari memperolehi kelulusan berikut:
·
Kelulusan
lesen perniagaan di pegangan tersebut
·
Kelulusan
pelan susunatur.
·
Kelulusan
pelan bangunan.
·
Kelulusan sijil kelayakan menduduki
bangunan (OC)
20.
Adakah
bayaran perlu dibuat jika rumah tersebut tidak
didiami?
Ya, premis yang
kosong atau belum diduduki lagi tidak layak untuk
pengecualian, pembatalan atau pengurangan cukai kadaran.
Cukai kadaran adalah perlu dibayar tidak kira sama ada
rumah itu diduduki atau kosong. Akan tetapi premis yang
kosong dan sesuai diduduki layak untuk memohon pulangan
balik hasil.
21.
Apakah
syarat-syarat permohonan pulangan balik hasil premis
kosong?
Bagi
memohon pulangan balik hasil, pemilik mestilah membuat pemberitahuan
dengan menghantar surat kepada
Bahagian Penilaian, MDB dalam masa tujuh (7) hari dari mulanya
tempoh pulangan balik hasil itu dituntut. Cukai kadaran boleh
dipulangkan bagi tempoh rumah anda itu dikosongkan tertakluk kepada
syarat-syarat yang dikehendaki oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976
seperti berikut:
· Bangunan
adalah TIDAK DIDUDUKI/KOSONG dan UNTUK DISEWA
· Telah
memberi notis bertulis kepada Majlis mengenai kekosongan (Borang
permohonan (BP. 9) hendaklah diisi dan dikembalikan).
· Tempoh yang
tidak diduduki hendaklah tidak kurang dari satu bulan
kalendar
· Segala
usaha yang munasabah untuk mendapatkan seorang penyewa ('tenant')
telah dibuat melalui iklan dalam surat khabar
atau paparkan papan kenyataan 'UNTUK DISEWA' hendaklah diletakkan
dihadapan premis
· Cukai
kadaran hendaklah dijelaskan termasuk semua tunggakan dalam tempoh
pulangan balik hasil dituntut
22.
Apakah tindakan yang perlu diambil jika terdapat tukar milik,
mewarisi, mewariskan, membeli, atau menjual
harta?
· Semak dengan MDB bagi memastikan
tiada tunggakan cukai kadaran pegangantersebut. Atau,
semakan boleh dibuat oleh peguam atau agen pengurusan
yang menguruskan harta tersebut.
· Memaklumkan
kepada MDB dengan mengisi Borang I atau Borang J (Notis Jualan
atau Pindah milik [Sek 160, AKT 1976] dengan disertakan
maklumat-maklumat berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah
milik disempurnakan. Jika anda gagal, pihak MDB boleh mengambil
tindakan undang-undang mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan
1976. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam dari pemilik
harta.
23.
Apakah tindakan
yang perlu diambil jika premis yang roboh, buruk,
terbakar, terbiar atau tidak sesuai
didiami?
Sila tulis
surat rasmi
kepada Bahagian Penilaian, MDB bagi membolehkan bangunan ini
dikeluarkan daripada Senarai Nilaian.
24. Bolehkah
Cukai Kadaran diberi pengecualian?
Mengikut
Seksyen 134 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Cukai Kadaran boleh
dikecualikan apabila sesuatu pegangan atau mana-mana bahagiannya
digunakan semata-mata:
· Sebagai
tempat awam untuk sembahyang
· Sebagai
tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen
· Bagi
sekolah awam
·
Sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau maksud sains,
sastera atau seni halus
|