MENU

Majlis Daerah Baling ditadbir oleh satu badan pengurusan yang dianggotai oleh Yang Dipertua selaku ketua eksekutif dan 18 orang Ahli Majlis. Ahli-Ahli Majlis ini adalah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri Kedah bagi tempoh 2 tahun manakala tempoh perlantikan Yang Dipertua adalah bergantung kepada perkenan Kerajaan Negeri Kedah.

Badan pengurusan ini diuruskan oleh 9 bahagian yang diketuai oleh Setiausaha selaku Ketua Pentadbiran. Beliau dibantu oleh ketua jabatan masing-masing. Semua pengurusan adalah dibawah pengawalan Yang Dipertua yang dilakukan melalui Setiausaha seterusnya menjalankan penyelarasan ke atas ketua-ketua jabatan. Lembaga Pengurus ini berfungsi menggubal dasar dan undang-undang, mengawasi perjalanan Majlis serta merancang dan mengawal perancangan dan pembangunan dalam Daerah Baling.

Enam orang Ahli Majlis dari kalangan Ketua Jabatan dikenali sebagai Ahli Ex-Officio yang terdiri daripada :

1) Yang Dipertua Majlis Daerah Baling
2) Pentadbir Tanah Baling
 3)  Pengarah JPBD Negeri Kedah Darul Aman
 4)  Jurutera Daerah JKR Baling
 5)  Jurutera Daerah JPS Baling