MENU
  •  OBJEKTIF  MAJLIS DAERAH BALING

     

    Objektif MDB adalah ‘MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA PENDUDUK DAN BERMATLAMAT UNTUK MENJADIKAN DAERAH BALING SEBAGAI PUSAT PERTUMBUHAN YANG MAJU DAN KAWASAN PERSEKITARAN YANG INDAH, BERSIH DAN TERSUSUN’.

     

    FUNGSI UTAMA

     

    Sebagai sebuah PBT yang berhubung secara langsung dengan masyarakat setempat, fungsi dan peranan MDB adalah sangat luas. Berdasarkan kepada Akta 171, fungsi utama MDB meliputi:

     

    (a)       perkhidmatan perbandaran;

    (b)       penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam;

    (c)        kawalan perniagaan; dan

    (d)       pembangunan masyarakat;

     

    MDB turut berfungsi sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta 172 dan kawalan pembinaan bangunan melalui Akta 133.