MENU

 

IKLAN JAWATAN KOSONG

 

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Tinggal Di Negeri Kedah) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Majlis Daerah Baling seperti berikut:-

 

A.        JAWATAN                 :           PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

 

 

            KADAR UPAH           :          

 

 

KELAYAKAN AKADEMIK

 

 

UPAH (RM/SEHARI)

Sijil Pelajaran Malaysia

RM54.00

 

B.        SYARAT LANTIKAN            :

 

1.         Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

 

a.         Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

 

b.         Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;

 

c.         Tidak termasuk dalam kategori pegawai awam seperti yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa;

 

d.         Tempoh perkhidmatan PSH adalah tidak melebihi tiga (3) bulan. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabtan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi;

 

e.         Calon yang dipilih hendaklah diperakui sihat oleh Ketua Jabatan (tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan berdaftar);

 

f.          Waktu bekerja adalah selama (9) jam sehari termasuk waktu bekerja;

 

g.         PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang PSH tidak hadir bertugas;

 

h.         PSH tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa;

 

i.          PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan;

C.        ELAUN-ELAUN YANG LAYAK DITERIMA SEKIRANYA DIARAHKAN MENJALANKAN TUGAS RASMI DI LUAR PEJABAT DI DALAM NEGERI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 

            a.         Elaun Perjalanan Kenderaan;

            b.         Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing;

            c.         Elaun Harian (nertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang 24                         jam); dan

            d.         Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 2 jam atau lebih).

 

 

D.        SYARAT TAMBAHAN         :          

(a)        Semua permohonan Jawatan Kosong di Majlis Daerah Baling daripada kalangan SAUDARA kakitangan Majlis Daerah Baling adalah TIDAK DIBENARKAN.

                                         

(b)        Calon yang merokok TIDAK akan dipertimbangkan untuk menyandang jawatan tersebut.

 

 

E.         TARAF JAWATAN   :           PEKERJA SAMBILAN HARIAN

F.         DESKRIPSI TUGAS   :     

  1. Menjalankan kerja-kerja mendapatkan data pemilik pegangan / harta,
  2. Membuat lawatan tapak,
  3. Membuat pengukuran pegangan berkadar,    
  4. Menyediakan pelan lantai bangunan, 
  5. Menyediakan gambar pegangan / harta,
  6. Menyediakan senarai harta pegangan,
  7. Menyediakan kertas penilaian bagi pegangan harta yang dinilai.

 

G.     CARA MEMOHON

              

  1. Borang  permohonan boleh didapati di Laman Sesawang Majlis Daerah Baling             (www.mdbaling.gov.my) secara  percuma.

 

  1. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-

  

  1. Gambar berukuran passport
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sijil Peperiksaan
  4. Salinan Sijil Kelahiran
  5. Salinan Lesen ( Bagi Jawatan yang Berkenaan Sahaja )
  6. Lain-lain Sijil yang berkaitan

(Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas/ Wakil Rakyat (Parlimen)/ Penghulu Kerajaan/ Ahli Majlis MDB Sahaja)

 

  1.  Permohonan berikut akan DITOLAK

 

  1. tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
  2. borang permohonan tidak lengkap atau tidak jelas;
  3. borang permohonan tidak ditandatangani;
  4. borang permohonan tidak disertakan gambar; dan
  5. salinan dokumen yang tidak diakui sah.
  6. salinan yang disahkan SELAIN daripada perkara (b) vi.
  7. calon daripada kalangan SAUDARA kakitangan Majlis Daerah Baling.
  8. CALON YANG MEROKOK.

 

(d)           Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

 

               YANG DIPERTUA,

               MAJLIS DAERAH BALING,

               09100 BALING,

               KEDAH DARUL AMAN.

 

Pada atau sebelum :………29 May 2019………………

 

 

(e)           Catatan Am

 

  1. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di tepi sampul sebelah kiri.
  2. Susunan dokumen mestilah mengikut arahan di (b) dan            dikepilkan bersama klip kertas
  3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga;
  4. Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 

 

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“KEDAH AMAN MAKMUR-HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”

“MEMBUDAYAKAN EKSA”

“KE ARAH PENSIJILAN MS ISO 9001:2015”

 

 

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 

 

 

(MOHD FITRI BIN DATO’ CHE JAMIL)

Setiausaha,

Majlis Daerah Baling,

Kedah Darul Aman.   

 

S.K       : Yang Dipertua, Majlis Daerah Baling

 

Closing Date: 
Rabu, 29 Mei 2019