MENU

IKLAN MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT MAJLIS DAERAH BALING

1.  JAWATAN

1.1 SOKONGAN I

(a) PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N36

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN

GAJI TAHUNAN

JUMLAH

KEKOSONGAN

 

RM3,527.00

 

RM7,506.00

 

RM180.00

 

1

(b) PEMBANTU PENGUATKUASA, GRED KP26

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN

GAJI TAHUNAN

JUMLAH

KEKOSONGAN

 

RM2,577.00

 

RM5,290.00

 

RM125.00

 

1

 

2.  CALON YANG LAYAK MEMOHON

Kenaikan Pangkat ini terbuka kepada calon-calon berikut:-

a)  Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 bagi jawatan 1.1(a);
b)  Penolong Pegawai Tadbir Gred N30 bagi jawatan 1.1 (a);
c)  Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 bagi jawatan 1.1 (a);
d)  Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 bagi jawatan 1.1 (b); 
e)  Pembantu Penguatkuasa Gred KP22 bagi jawatan 1.1 (b) 

 

3.  SYARAT KENAIKAN PANGKAT

 

3.1     Calon-calon mestilah sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Persekutuan, Pekhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun serta Pihak Berkuasa Tempatan dan memenuhi syarat- syarat seperti berikut:-

 

 

(a)         Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia (SSM)

(b)        Telah disahkan dalam perkhidmatan;

(c)        Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) bagi 3 tahun berturut-turut (2015, 2016 dan 2017)

(d)        Melepasi penilaian Tahap Kecekapan yang ditetapkan;(jika berkaitan)

(e)        Diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan;

(f)         Bebas daripada hukuman tatatertib;

(g)        Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa;

(h)        Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

(i)        Bersetuju untuk bertukar apabila diberi pemangkuan atau kenaikan pangkat;

            (Penolakan kerana tidak sanggup bertukar boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut              Peraturan 4 (2) (i), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

(j)         Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman                  pendidikan;

(k)         Bagi  permohonan  jawatan  1.1  (a)  pemohon  telah  berkhidmat  sekurang- kurangnya               10 tahun di jawatan tetap dan mempunyai kriteria seperti berikut:

a)        Memiliki kemahiran interpersonal,

b)        Mempunyai tahap kompetensi yang tinggi,

c)        Berpengetahuan luas dalam bidang tugas,

d)        Mempunyai pengalaman minimun

            (l)           Calon-calon   yang   mempunyai   kelebihan       seperti   berikut   akan   diberi                                          keutamaan:

                              a)         Mempunyai  pengalaman  luas  dalam  pengurusan  am  merangkumi                                                            tugasan/tanggungjawab berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan                                            sistem pengurusan sumber manusia dan pengurusan am pejabat;

b)        Mempunyai pengalaman dalam pengurusan kewangan Jabatan;

c)        Mempunyai pengalaman dalam pengurusan perolehan;

                               d)       Boleh menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan                                                   Bahasa Inggeris; dan

e)        Mahir dan berpengalaman luas dalam negotiation dan presentation skills.

 

4.  PERMOHONAN

 

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dengan mengisi Borang seperti Lampiran B dengan menyertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan iaitu:-

 

1.  Sesalinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah disahkan ;

              2.  Sesalinan  Surat  Perisytiharan  Harta  yang  terkini  (yang  masih  berkuatkuasa  dalam                               tempoh 5 tahun);

3.  Sesalinan Lampiran BorangTapisan Keutuhan (SPRM) yang lengkap;

4.  Sesalinan setiap satu Laporan Penilaian Pretasi untuk 3 tahun berturut-turut ( Tahun 2015,

                  2016, 2017);

5.  Sesalinan Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK);

6.  Surat Akuan Pinjaman Pendidikan;

7.  Salinan  Surat  Lulus  Tapisan  Keutuhan  Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah  Malaysia (SPRM).

 

 

 5.  PELANTIKAN UNTUK JAWATAN INI ADALAH SECARA PERTUKARAN PELANTIKAN MENGIKUT                        PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016

 

6.  ALAMAT PERMOHONAN

 

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut:

 

DATUK YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH BALING

09100 KEDAH DARUL AMAN

 

(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

 

6.  TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

 

Tarikh tutup permohonan untuk jawatan-jawatan yang diiklankan adalah pada

 

04 Januari  2019.

 

 

 

7.  SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:-

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

04-4701800 Ext: 227

 

 

 

8.  BORANG PERMOHONAN

 

Borang permohonan pemangkuan/kenaikan pangkat (LAMPIRAN B2) boleh didapati di Laman

 

Sesawang Majlis Daerah Baling  www.mdbaling.gov.my

                                                                                                                                         

http://www.mdbaling.gov.my/ms/rakyat/peluang-pekerjaan/iklan-mengisi-kekosongan-jawatan-kenaikan-pangkat-majlis-daerah-baling

Closing Date: 
Jumaat, 4 Januari 2019