|
Pengangkutan Sampah Di Rumah-Rumah
Kediaman
Salah satu perkhidmatan
yang disediakan oleh MDB supaya penghuni-penghuni dapat
melupuskan sampah.
- Pungutan dijalankan dari
rumah ke rumah.
- Kutipan dijalankan
selang sehari.
- Semua sampah hendaklah
dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat dengan kuat
sebelum dimasukkan ke dalam tong.
- Tong sampah boleh
diletakkan di hadapan atau belakang rumah untuk
memudahkan pekerja-pekerja
mengosongkannya.
Larangan
- Menganggu isi kandungan
tong sampah
- Membakar bahan
buangan
- Membuang arang terbakar,
bahan letupan dan sebagainya ke dalam tong
sampah
Peringatan
- Jika menggunakan plastik
pasaraya pastikan ianya diikat dengan
baik.
- Jangan menggunakan
karung plastik yang berlubang.
- Gunakan lebih dari satu
lapis karung plastik jika ia nipis.
|
Penggunaan Karung
Plastik
- Merupakan cara paling
baik untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah di
rumah.
- Menjamin kebersihan alam
sekitar yang lebih teratur.
- Mengelak gangguan bau
busuk , serangga dan binatang.
- Meningkat masa dan
mengurangkan kos pungutan sampah.
Undang-undang
Undang-undang kecil 3(1),
undang-undang kecil pemungutan sampah, pembuangan dan
pelupusan sampah sarap (Majlis Daerah Baling) 1994 di
mana penghuni setiap rumah hendaklah menyediakan tong
sampah dengan bertutup rapat tidak kurang daripada 0.085
meter padu isipadunya.
Pungutan Sampah
- Pungutan dari rumah ke
rumah - 3 kali seminggu
- Pungutan di tong-tong
kompaktor di tepi jalan - setiap hari
- Tong ro-ro (tong yang
diangkat terus oleh lori) - setiap hari
JADUAL
PUNGUTAN
SAMPAH
Pelupusan Sampah
Tempat-tempat pelupusan
adalah
-
Pulai - Untuk
kegunaan MDB sahaja
|