| HOME | STAFF | PERKHIDMATAN | PELANCONGAN | SOALAN LAZIM  
 

PROSES PELAN PERANCANG

PROSES PELAN PERANCANG

1. Kebenaran Merancang

2. Syarat Permohonan

3. Bayaran Permohonan

4. Prosedur Pemprosesan


1 Kebenaran Merancang

Sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan dengan sesuatu pemajuan hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan hendaklah mengikuti bentuk dan mengandungi butir-butir dan disertakan dengan dokumen- dokumen, pelan-pelan dan bayaran-bayaran yang ditetapkan.

Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Seksyen 21(1), Permohonan Kebenaran Merancang Kaedah 3(1) sekiranya tuan tanah/tuan bangunan yang hendak membuat perkara-perkara berikut, perlu memohon kebenaran merancang:-

  • Untuk mendirikan/ membina/ menjalankan sesuatu bangunan diatas tanah.
  • Untuk memecahkan/bahagi sempadan tanah.
  • Untuk menyatukan sempadan tanah.
  • Untuk membuat perubahan yang matan dalam pengunaan tanah.
  • Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan bangunan.
  • Untuk menjalankan tambahan/ perubahan keatas sesuatu bangunan.

kembali ke menu

2 Syarat Permohonan

PERKARA PERKARA YANG DIKEHENDAKI SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG.

Borang A

Jadual Pertama perlu diisi dengan lengkap.

Dokumen

  1. 2 salinan Bentuk Daftar Sementara/Suratan Hakmilik Sementara bagi lot lot cadangan. (Jika bukan tuan tanah yang memajukan tanah tersebut, maka Power of Attorney (P.A) yang didaftarkan oleh Mahkamah Tinggi perlu dikemukakan.)
  2. 1 salinan Pelan Akui (Certified Plan) yang kemaskini dari Jabatan Ukur Negeri.
  3. 2 salinan fotostat resit cukai tanah yang terbaharu.
  4. Senarai nama pengarah-pengarah syarikat pemaju yang disahkan oleh peguam.
  5. 2 salinan Lapuran Cadangan Pemajuan (LCP) bagi kawasan cadangan disediakan oleh Jururancang bertauliah bagi 1 ekar ke atas atau 4 unit keatas didalam seksyen bandar.

Pelan

Sebanyak 24 salinan pelan susunatur yang dikemukakan oleh Konsultan yang
bertauliah (Perancang Bandar) dan mengandungi:-

  1. Mengikuti pelan ukur keliling dan kontour yang disediakan oleh Jurukur Berlesen.
  2. Keadaan sedia ada sekeliling lot dan diatas lot cadangan perlu ditunjukkan seperti jalanraya, sungai, bangunan dan lain-lain.
  3. Tandatangan tuan tanah dan tuan bangunan serta saksi.
  4. Tajuk yang terang dan bersekil yang bersesuaian.
  5. Pelan Lokasi dan pelan tapak.
  6. Arah aliran air pemaritan hingga ke tempat pengeluaran air yang terakhir.
  7. Petunjuk arah utara.
  8. Menyediakan ruang kosong selebar 10 inci diatas pelan.

PELAN KONTUR.

3 salinan pelan ukur keliling yang menunjukkan:-

  1. Kontur.
  2. Keadaan sediada diatas lot.
  3. Keadaan sediada di lot bersebelahan.
  4. Lokasi dan jenis pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter dan
    tumbuh-tumbuhan lain diatasnya.

kembali ke menu

                                                                                                                           KEMBALI
 

(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Daerah Baling 2004.