Permohonan Dan Kelulusan Pelan Bangunan Dan Pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki Dan Nombor Premis
Tindakan dibawah seksyen 70, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 & UK28, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Permohonan bagi sesuatu Cadangan Pembinaan Bangunan boleh dibuat terus ke Bahagian Bangunan, Majlis Daerah Baling.
Bentuk-bentuk permohonan yang pelbagai melibatkan prosedur proses yang berbeza seperti berikut:-
• Proses pelan skim Perumahan/ Perniagaan/ Perindustrian
• Proses pelan bangunan individu komersial
• Proses pelan bangunan individu
• Proses pelan pindah tapak
• Proses pelan tambahan/pindaan
• Proses pelan setara Majlis
• Proses pelan setara tangki septik Majlis
• Proses pelan lakar rumah kediaman separuh kekal diluar bandar
• Proses pelan struktur
• Proses pelan sanitari dalaman
• Proses pelan permit bangunan sementara
• Proses permit tambahan dan pindaan kecil
• Proses permit tambahan rumah kediaman dalam skim perumahan (Buku Panduan)
• Proses permit sementara berkaitan bangunan
• Proses permit pembaikan
• Proses pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki skim perumahan/ perniagaan/ perindustrian dan individu komersial
• Proses pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki rumah individu
• Proses pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki sementara
• Proses pengembalian wang cagaran Sijil Kelayakan Menduduki sementara