close
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile
qrcode
Pilih Saiz Tulisan: saiz_tambah Font Reset Font Minus Pilih Warna Reset Scheme Blue Scheme Hivic Scheme Soft Scheme Pilih Warna Latar Belakang Theme 1 Theme 2 Theme 3 Default Theme
  Hubungi Kami | Aduan & Pertanyaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Daftar Masuk | Masuk
 
LESEN PENJAJA
image

Syarat Pelesenan Industri Makanan

Penjaja Menjual Makanan Dan Minuman

  • Dilarang membuat halangan di sekitar kawasan penjajaan
  • Semua makanan mentah disimpan dalam tempat khas dan yang masak disimpan dengan baik supaya dihindari daripada lalat dan lain-lain.
  • Pastikan makanan yang dijual adalah berkeadaan baik, tidak rosak atau tercemar.
  • Sila gunakan penyepit, sudu dan garpu untuk mengambil makanan, penggunaan tangan adalah dilarang sama sekali.
  • Pastikan pemohon dan pengendali makaanana berkuku pendek serta tidak berpenyakit.
  • Pastikan amalan kebersihan diikuti sepanjang masa
  • Semua pinggan mangkuk hendaklah dicuci dengan baik dan bersih dengan menggunakan pencuci pinggan dan dikeringkan dengan kain bersih.
  • Lesen tidak boleh ditukar milik.

Penjaja Menjual Barang Am / Runcit

  • Dilarang membuat halangan disekitar kawasan penjaja
  • Pastikan amalan kebersihan diri diikuti sepanjang masa
  • Lesen tidak boleh ditukar milik

Syarat Untuk Penganjur Pasar Malam / Harian

Lesen

Penganjur perlu mempunyai lesen daripada MDB

Masa Operasi

Penganjur hendaklah memaklumkan tarikh dan waktu perniagaan

Peniaga

  • Semua penjual atau penjaja perlu mempunyai lesen dari Majlis dan didaftarkan dengan mengemukakan gambar, nombor kad pengenalan, alamat, jenis jualan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
  • Penganjur hendaklah mengemukakan senarai seperti yang dikehendaki kepada Majlis selepas sebulan beroperasi dan mengemukakan senarai baru sekiranya ada apa-apa perubahan

Kawasan Beroperasi

  • Penganjur hanya dibenarkan menjalankan aktiviti di dalam kawasan yang dipohon dan dibenarkan oleh Majlis sahaja.
  • Pelan tapak dan petak hendaklah disediakan oleh penganjur.

Bilangan Peniaga

  • Penganjur tidak dibenarkan menambah bilangan peniaga tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Majlis.
  • Bilangan peniaga mengikut kaum dan jenis perniagaan tertakluk kepada kandungan di dalam permohonan yang diluluskan sahaja.

 

Laman: 1  2  3