close
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile
qrcode
Pilih Saiz Tulisan: saiz_tambah Font Reset Font Minus Pilih Warna Reset Scheme Blue Scheme Hivic Scheme Soft Scheme Pilih Warna Latar Belakang Theme 1 Theme 2 Theme 3 Default Theme
  Hubungi Kami | Aduan & Pertanyaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Daftar Masuk | Masuk
 
LESEN INDUSTRI
image

Syarat Pelesenan Industri Makanan

Kebersihan Bangunan

• Lantai dan dinding perlu di pasang jubin (tiles) atau bahan kalis air
• Siling perlu bebas dari habuk dan sarang labah-labah
• Bilik sejuk beku untuk makanan mentah perlu disediakan dalan kilang pada suhu 0 hingga -18 celcius
• Bilik setor perlu mempunyai rak setinggi 1 kaki
• Pengudaraan yang mencukupi iaitu 1/10 daripada ruang lantai
• Pencahayaan yang sempurna dan dapat memberi penglihatan yang jelas

Kebersihan Bangunan

• Lantai dan dinding perlu di pasang jubin (tiles) atau bahan kalis air
• Siling perlu bebas dari habuk dan sarang labah-labah
• Bilik sejuk beku untuk makanan mentah perlu disediakan dalan kilang pada suhu 0 hingga -18 celcius
• Bilik setor perlu mempunyai rak setinggi 1 kaki
• Pengudaraan yang mencukupi iaitu 1/10 daripada ruang lantai
• Pencahayaan yang sempurna dan dapat memberi penglihatan yang jelas

Kemudahan Asas

• Sediakan sebuah bilik persalinan untuk pekerja
• Sediakan tandas dan bilik mandi yang sempurna
• Sediakan alat pengering tangan (hand dryer) dalam bilik tandas
• 'Wellington boots' dan apron perlu dibekalkan kepada pekerja yang terlibat dalam penyediaan makanan

Keselamatan Pekerja

• Sediakan kelengkapan peralatan keselamatan pekerja yang mencukupi
• Sediakan peti ubat kecemasan yang dilengkapkan dengan ubat-ubatan ringan yang mencukupi

Kebersihan

• Pihak pengurusan perlu menyediakan jadual pembersihan dan kebersihan bagi setiap bahagian dalam bangunan
• Peralatan dan perkakas perlu dalam keadaan bersih dan tidak berkarat
• Lantai bangunan hendaklah dicuci hama dan dijaga kebersihannya

Bekalan Air

• Air yang digunakan untuk tujuan pemprosesan makanan hendaklah diambil terus dari paip
• Sediakan bekalan sistem air panas untuk kegunaan dalam kilang

Kemudahan Tandas

• Semua tandas perlu penyelenggaraan yang sempurna dan tidak berbau
• Sediakan urinal yang mencukupi
• Sediakan bahan pencuci yang mencukupi
• Tandas dan bilik mandi perlu dibersihkan setiap hari

Pengendalian Makanan

• Semua pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan pelalian demam kepialu dan mereka diperiksa kesihatan mereka
• Semua pengendali makanan perlu menghadiri kursus asas pengendalian makanan

Pelupusan Sampah Dan Sisa Makanan

• Kontraktor yang berdaftar dengan MPSP sahaja dibenarkan melupus sampah
• Sediakan depo sampah / tong sampah yang mencukupi
• Kawalan dan pencegahan rodensi dan serangga perlu diadakan

Kawasan Pemprosesan / Operasi

• Sediakan kolam disinfectant untuk pekerja untuk mencelup kasut sebelum ke tempat pemprosesan
• Bilik operasi/pemprosesan perlu dilengkapi dengan air curtain
• Sediakan alat penyedut udara yang mencukupi
• Sediakan tonh sampah bertudung dan karung plastik yang mencukupi
• Kawasan ini perlu diselenggara setiap masa dalam kedaan bersih dan bebas dari kuman
• Pihak pengurusan perlu mempunyai Sijil HACCP daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

Sistem Perparitan

• Sistem perparitan yang baik dan aliran yang sempurna dilengkapi dengan perangkap sampah
• Parit dan longkang perlu diselenggara dalam keadaan sempurna dan bersih pada setiap masa

Syarat Pelesenan Industri Bukan Makanan

Kebersihan Bangunan

• Kebersihan bangunan dan kawasan sekeliling premis perlu dijaga setiap masa
• Siling tong sampah yang mencukupi dalam kawasan kilang untuk tujuan pembuangan
• Melantik kontraktor yang berdaftar dengan MPSP untuk menguruskan pembuangan sampah industri

Kemudahan Asas

• Sediakan tandas / bilik mandi yang sempurna dan mencukupi
• Sediakan bilik persalinan untuk pekerja
• Sediakan alat pengering tangan (hand dryer) dalam bilik mandi
• Sediakan tempat membasuh tangan (washing basin) bersama - sama dengan bahan pencuci

Keselamatan Pekerja

• Sediakan kelengkapan peralatan keselamatan yang mencukupi untuk pekerja
• Sediakan peti ubat kecemasan yang dilengkapkan dengan ubat-ubatan ringan yang mencukupi
• Bilik kecemasan perlu disediakan

Bekalan Air

• Air yang digunakan hendaklah diambil terus dari paip PBA

Kemudahan Tandas

• Semua tandas perlu penyelenggaraan yang sempurna dan tidak berbau
• Sediakan urinal yang mencukupi
• Sediakan bahan pencuci yang mencukupi
• Tandas / bilik mandi perlu dibersihkan setiap hari

Pengendalian Makanan

• Semua pengendali makanan perlu mandapatkan suntikan TAB dan diperiksa tahap kesihatan mereka
• Semua pengendali makanan perlu menghadiri kursus asas pengendalian makanan

Pelupusan Sampah Dan Sisa Makanan

• Kontraktor yang berdaftar dengan MPSP sahaja dibenarkan melupus sampah industri
• Sediakan tong sampah yang mencukupi untuk pembuangan sampah
• Sisa domestik ditempatkan di luar bangunan kilang
• Sisa pepejal industri diasingkan

Sistem Pemaritan

• Sistem pemaritan yang baik dan aliran yang sempurna dilengkapi dengan perangkap sampah dan minyak
• Parit dan longkang perlu diselenggarakan dalam keadaan sempurna dan bersih pada setiap masa

Pengudaraan

• Penyedut udara yang mencukupi / exhaust fan

Pencahayaan

• Pencahayaan perlu mencukupi

Gangguan

• Dilarang meletak barang-barang di jalan susur / kakilima / di luar kawasan operasi kilang
• Dilarang membuat sebarang halangan di lorong belakang dan ditepi jalan
• Halangan atau rintangan di pintu masuk / keluar tidak dibenarkan
• Kerja-kerja hendaklah dijalankan didalam premis sahaja dan tidak dibenarkan diluar kilang
• Sediakan air paip yang bersih

Kimia Perindustrian

• Kimia industri ditempatkan didalam setor berasingan

Syarat Jabatan Bomba

• Perlu ditunaikan

Syarat Jabatan Alam Sekitar

• Perlu ditunaikan