close
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile
qrcode
Pilih Saiz Tulisan: saiz_tambah Font Reset Font Minus Pilih Warna Reset Scheme Blue Scheme Hivic Scheme Soft Scheme Pilih Warna Latar Belakang Theme 1 Theme 2 Theme 3 Default Theme
  Hubungi Kami | Aduan & Pertanyaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Daftar Masuk | Masuk
 
Tempat-Tempat Menarik
image

Rumah Rehat Majlis Daerah Baling

Rumah Rehat


Rumah Rehat Majlis Daerah Baling yang terletak berhadapan dengan Majlis Daerah Baling dan juga berhampiran dengan Balai Polis Baling iaitu di tengah pekan sesuai dan memudahkan pengunjung mencari tempat untuk bermalam. Ianya begitu sesuai bagi pengunjung yang datang bersama keluarga untuk menginap di rumah rehat ini kerana mempunyai bilik yang luas serta dilengkapi dengan televisyen serta astro.

Untuk Keterangan lanjut:
RUMAH REHAT MAJLIS DAERAH BALING
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN
TEL:04-4706636
Email: webmaster@mdbalingtourism.gov.my

Pautan Rumah Rehat Baling (Klik disini)

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong

Air panas Ulu Legong Air panas Ulu Legong

"Destinasi Popular di Utara Semenanjung Malaysia "

Para pengunjung akan dapat merasai sendiri nikmat khasiat berendam di dalam air panas semulajadi sama ada dengan berenang di kolam yang disediakan atau sekadar merendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau. Selain dari itu pengalaman meredah hutan dengan melalui denai-denai dan merentas kesejukan jeram air Lata Gading dan Lata Parit serta dikelilingi kehijauan alam semulajadi Hutan Simpan Ulu Muda yang pasti akan menguji kekuatan mental dan fizikal anda.

Satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia dengan kemudahan penginapan yang terbaik dalam mempertingkatkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan yang disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Dengan kemudahan penginapan yang selesa serta aktiviti "jungle traking" bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Legong merupakan pilihan yang tepat sebagai destinasi percutian.

ANTARA PUSAT DESTINASI PELANCONGAN YANG BERHAMPIRAN:

  • Air Terjun Lata Bayu, Asam Jawa
  • Air Terjun Lata Bukit Hijau
  • Celak Waterfall, Kampung Iboi
  • Gua Batu Kapur
  • Gunung Baling
  • Pemandangan Indah R&R Gunung Inas

Untuk Keterangan lanjut email: mdbaling@mdbaling.gov.my
PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN
TEL:013-4720255
FAX:604-4701580

 

Seri Baling Inn

 

Seri Baling InnSeri Baling Inn

Jalan Bukit Cahruk Nau
09200 Baling
Kedah Darul Aman

Seri Baling Inn
No Tel 04-4721424
Perkhidmatan Katering 017-4202181

Untuk mendapat maklumat selanjutnya, sila klik Seri Baling Inn untuk ke laman web berikut.