1. Kebenaran Merancang
Sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan dengan sesuatu pemajuan hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan hendaklah mengikuti bentuk dan mengandungi butir-butir dan disertakan dengan dokumen- dokumen, pelan-pelan dan bayaran-bayaran yang ditetapkan.
Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Seksyen 21(1), Permohonan Kebenaran Merancang Kaedah 3(1) sekiranya tuan tanah/tuan bangunan yang hendak membuat perkara-perkara berikut, perlu memohon kebenaran merancang:-
• Untuk mendirikan/ membina/ menjalankan sesuatu bangunan diatas tanah.
• Untuk memecahkan/bahagi sempadan tanah.
• Untuk menyatukan sempadan tanah.
• Untuk membuat perubahan yang matan dalam pengunaan tanah.
• Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan bangunan.
• Untuk menjalankan tambahan/ perubahan ke atas sesuatu bangunan.
2. Syarat Permohonan
PERKARA PERKARA YANG DIKEHENDAKI SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG.
Borang A
Jadual Pertama perlu diisi dengan lengkap.
Dokumen
1. 2 salinan Bentuk Daftar Sementara/Suratan Hakmilik Sementara bagi lot lot cadangan. (Jika bukan tuan tanah yang memajukan tanah tersebut, maka Power of Attorney (P.A) yang didaftarkan oleh Mahkamah Tinggi perlu dikemukakan.)
2. 1 salinan Pelan Akui (Certified Plan) yang kemaskini dari Jabatan Ukur Negeri.
3. 2 salinan fotostat resit cukai tanah yang terbaharu.
4. Senarai nama pengarah-pengarah syarikat pemaju yang disahkan oleh peguam.
5. 2 salinan Lapuran Cadangan Pemajuan (LCP) bagi kawasan cadangan disediakan oleh Jururancang bertauliah bagi 1 ekar ke atas atau 4 unit keatas didalam seksyen bandar.