close
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile
qrcode
Pilih Saiz Tulisan: saiz_tambah Font Reset Font Minus Pilih Warna Reset Scheme Blue Scheme Hivic Scheme Soft Scheme Pilih Warna Latar Belakang Theme 1 Theme 2 Theme 3 Default Theme
  Hubungi Kami | Aduan & Pertanyaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Daftar Masuk | Masuk
 
Lesen Perniagaan AM
image

Syarat Pengeluaran Lesen Perniagaan Am

Syarat Pentadbiran Dan Kesihatan

• Lesen hendaklah dipamirkan pada setiap masa di tempat kerja
• Lesen tidak boleh ditukar milik
• Kebersihan premis hendaklah dijaga setiap masa

Struktur Fizikal

• Premis hendaklah dicat semula di luar dan di dalam

Halangan

• Dilarang sama sekali meletak barangan jualan atau benda-benda lain di kaki lima
• Dilarang membuat sebarang halangan dijalan susur / lorong belakang dan di tepi jalan
• Halangan atau rintangan di pintu masuk / keluar tidak dibenarkan
• Kerja-kerja hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan diluar premis

Kemudahan ' First Aid ' (Bantuan Kecemasan)

• Sediakan sebuah peti ubat rawatan kecemasan dan hendaklah selalu dilengkapkan dengan ubat-ubat

Kemudahan Sanitari

• Sediakan tandas dan bilik air yang sempurna dan kebersihan perlu dijaga setiap masa

Syarat Pengeluaran Lesen Perniagaan Premis Makanan

Syarat Jabatan Bomba

• Mengadakan ( ) unit 9kg Alat Pamadam Api jenis serbuk kering ABC
• Alat Pemadam Api tuan hendaklah dihantar ke Jabatan Bomba tiap-tiap tahun untuk diuji
• Semua alat pemadam api hendaklah digantung pada dinding satu (1) meter dari paras lantai dekat jalan-jalan keluar supaya mudah dilihat dan senang dicapai
• Semua jalan-jalan hendaklah bebas dari sebarang halangan dan rintangan

Syarat Jabatan Kesihatan

• Sediakan urinal bagi tandas dan kebersihannya hendaklah diawasi sepanjang masa
• Sediakan tempat membasuh (washing basin) dan bersama-sama bahan pencuci (sabun)
• Premis hendaklah dicat semula diluar dan di dalam
• Sediakan bekalan air paip yang bersih.
• Mengadakan permukaan licin dan kalis air seperti tile atau lain-lain bahan yang boleh diterima disekeliling dinding bangunan dari ruang hadapan sehingga ke dapur sekurang-kurangnya 5 kaki tinggi.
• Kebersihan premis / tempat makanan dan kawasan sekeliling hendaklah dijaga setiap masa.
• Air basuhan hendaklah disambung terus ke sistem pembentungan
• Sediakan grease trap
• Sediakan pemaritan yang sebenar perlu disediakan dan dijaga kebersihannya.
• Semua sampah sarap dan sisa-sisa makanan mesti dimasukkan ke dalam karung plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
• Lantai dan dinding premis perlu di mop dan dicuci selalu.
• Sediakan tong sampah yang sesuai dan bertudung.
• Semua pengendali makanan hendaklah memakai tudong kepala dan apron.
• Semua pengendali makanan mesti mendaftar untuk hadir kursus Asas Pengendali Makanan.
• Pastikan amalan kebersihan diri diikuti sepanjang masa.
• Pastikan pemohon dan pengendali makanan yang lain berkuku pendek serta tidak mengidap penyakit berjangkit seperti cirit birit dan penyakit kulit.
• Semua barang-barang yang tidak digunakan ditegah dilonggok di merata-rata tempat dan hendaklah disusun dengan teratur atau buang.
• Semua makanan mentah hendaklah disimpan dalam stor khas dan makanan yang dimasak di simpan dalam peti sejuk supaya dihindari daripada lalat dan lain-lain.
• Pastikan semua makanan ditudung atau di tempat khas supaya tidak tercemar lalat, lipas dll.
• Semua ramuan yang digunakan dalam masakan perlu dilebal dan disimpan dalam bekas khas.
• Semua barang-barang yang tidak boleh dimakan dan beracun hendaklah dilabel dan disimpan di tempat atau bilik khas.
• Dilarang sama sekali meletak barang-barang jualan atau benda-benda lain dikakilima.
• Halangan atau rintangan dipintu masuk / keluar tidak dibenarkan.
• Kerja-kerja hendaklah dijalankan di dalam premis sahaja dan tidak dibenarkan dilakukan di luar premis.
• Dilarang membuat sebarang halangan dijalan susur / lorong belakang dan tepi jalan.
• Dilarang sebarang gangguan / halangan pada kakilima / lorong belakang premis
• Sistem pemaritan yang sempurna perlu disediakan dan dijaga kebersihannya selalu.
• Sediakan peti ubat kecemasan dan hendaklah selalu dilengkapi dengan ubat-ubat.
• Semua permukaan peralatan meja, kerusi dan barang-barang penyediaan bersangkut makanan hendaklah dilapik dari bahan formika, marble atau lain-lain permukaan yang licin.
• Semua perkakas pinggan mangkuk, sudu dan garpu hendaklah berkeadaan baik dan tidak sumbing, pecah atau berkarat.
• Pastikan semua makanan yang dijual adalah berkeadaan baik, tidak rosak atau tercemar.
• Sila gunakan penyepit, sudu dan garpu untuk mengambil makanan, penggunaan tangan adalah tidak digalakkan sama sekali.
• Semua pinggan mangkuk hendaklah dicuci dengan baik dan bersih dengan menggunakan sabun dan dikeringkan dengan kain basah.
• Sediakan pencahayaan dan pengaliran uadara yang mencukupi.
• Dilarang sebarang binatang-binatang belaan seperti kucing, anjing, ayam, itik dan burung berada di dalam premis.
• Dilarang mengadakan sebarang bentuk perjudian di dalam premis.
• Lesen tidak boleh ditukar milik.