close
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile
qrcode
Pilih Saiz Tulisan: saiz_tambah Font Reset Font Minus Pilih Warna Reset Scheme Blue Scheme Hivic Scheme Soft Scheme Pilih Warna Latar Belakang Theme 1 Theme 2 Theme 3 Default Theme
  Hubungi Kami | Aduan & Pertanyaan | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman  
Daftar Masuk | Masuk
 
PERUTUSAN YDP
image


 
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Halaman Web Majlis Daerah Baling.

Majlis Daerah Baling merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan memikul tanggungjawab untuk menjadikan Daerah Baling sebagai Pusat Pertumbuhan yang maju dan kawasan persekitaran yang bersih, indah, sejahtera serta tersusun. Pada masa ini, maklumat merupakan sumber terpenting dalam kita membuat perancangan dan keputusan serta dalam merencanakan sesuatu misi. Kini, laman web merupakan media untuk kita berinteraksi bagi mendapatkan maklumat-maklumat tersebut.

Pada tahun ini, MDB telah berjaya melaksanakan pelbagai program dan projek-projek awam demi memberikan perkhidmatan masyarakat yang lebih baik. Ini selaras dengan visi dan objektif MDB yang digariskan bersesuaian dengan dasar ekonomi dan pembangunan kerajaan.

Komitmen MDB dalam menggalas dasar kerajaan sangat tinggi. Ini dapat dilihat dalam penglibatan pelbagai program-program kerajaan pusat dan kerajaan negeri dari pelbagai sektor samada sudut pembangunan ekonomi, pelancongan, alam sekitar, kebudayaan, keselamatan dan lain-lain.

Selain itu, Majlis Daerah Baling juga dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan bintang (star-rating) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sesungguhnya, pengiktirafan tersebut kelak adalah untuk memperakui kekuatan yang dimiliki dan komitmen serta nilai yang ada di MDB.

Semoga dengan penganugerahan itu akan memberikan motivasi dan kekuatan kepada seluruh anggota pekerja dan masyarakat amnya.

Akhir kata, bersama-samalah kita meneruskan kecemerlangan dan sentiasa bekerjasama serta memberikan yang terbaik agar MDB cemerlang dan sejahtera, Insya Allah



Sekian, terima kasih



(ABDUL SHUKUR BIN ABDUL GHANI AMK.,BCK.)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Baling